Lapan Arah Mata Angin Utama
1. Arah digunakan
untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat.
2. Terdapat lapan arah mata angin yang utama iaitu utara (U), selatan (S), timur (T), barat (B).
3. Di antara keempat-empat arah mata angin ini terdapat empat lagi arah mata angin, iaitu:
(a) timur laut (TL) antara utara dan timur;
(b) tenggara (TG) antara timur dan selatan;
(c) barat daya (BD) antara barat dan selatan;
(d) barat laut (BL) antara barat dan utara.

Lapan arah mata angin utama
4. Arah sesuatu tempat
dapat ditentukan dengan berpandukan beberapa cara.
Cara menentukan arah berpandukan kedudukan sesuatu tempat
5. Arah mata angin
dapat ditentukan dengan berpandukan matahari.
6. Berdiri di kawasan lapang dengan mendepakan tangan anda. Tangan kanan anda mestilah menghala ke arah matahari terbit, iaitu timur dan tangan kiri menghala ke barat. Oleh itu, anda menghadap ke utara manakala belakang anda ialah selatan.

Cara menentukan arah mata angin dengan berpandukan matahari
Kompas Magnetik
1. Cara yang lazim
digunakan untuk menentukan arah kedudukan sesuatu tempat ialah
dengan
menggunakan kompas.
2. Pada permukaan kompas ditandakan lapan arah mata angin utama.
3. Kompas magnetik dibuat daripada logam dan jarumnya dibuat daripada magnet.
4. Hujung magnet yang ditandakan sentiasa menunjuk ke arah utara akibat tarikan magnet dari Kutub Utara Bumi.
5. Semasa menggunakan kompas magnetik, kita haruslah menjauhkannya daripada benda yang dibuat daripada besi.

6. Kompas magnetik mudah dibawa ke mana-mana kerana kecil dan ringan.
Menentukan Kedudukan Di
Kawasan Sekolah
1. Kompas magnetik
dapat digunakan untuk menentukan kedudukan bangunan dan tempat di
kawasan sekolah.
Arah kedudukan bangunan dan tempat di kawasan sekolah Masni.
2. Masni memegang
kompas dan menghadap ke makmal komputer.
3. Jarum kompas menunjuk arah utara, kedudukan bangunan dan tempat yang lain dapat ditentukan seperti yang berikut.

Arah kedudukan bangunan dan tempat di kawasan sekolah Masni
Menentukan Kedudukan Dalam
Peta Lakar
1. Arah tempat-tempat
di sekeliling rumah Masni yang dilukis dalam peta lakar dapat
ditentukan dengan arah mata angin.
Peta lakar kedudukan rumah Masni
2. Lukis satu garis
lurus utara-selatan merentasi rumah Masni.
3. Tandakan arah yang menghadap ke sekolah sebagai utara dan arah yang menghadap ke masjid sebagai selatan.
4. Lukis garis lurus bersilang dengan garis utara- selatan tadi.
5. Tandakan arah timur dan barat.
6. Lukis garis lurus di antara utara dengan barat merentasi rumah Masni. Tandakan arah barat laut dan tenggara.
7. Lukis garis lurus di antara utara dengan timur merentasi rumah Masni. Tandakan arah timur laut dan barat daya.
8. Kedudukan tempat-tempat di sekeliling rumah Masni dari rumahnya adalah seperti yang berikut.